Sekadar Berjenaka :)
Bacelah:-
1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
12. Biar korek hidung jangan korek tabung.
13. Berakit-rakit kehulu, berenang-
14. Sayangkan anak tangan-
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.
22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri
24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....
25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
27. Patah tumbuh, hilang report polis.
28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
29. Sepandai-
30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.
31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.
32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......
33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..
35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...
Wednesday, September 16, 2009
Pepatah Yang Dipatahkan :D
Posted by Muhammad Qisti Raid at 12:10 AM 0 comments
Thursday, September 10, 2009
Perlawanan Diantara Taqwa United dan Nafsu City
Tepat jam 12 malam 21 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.
Untuk makluman saudara sekalian,
Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)
Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.
Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-
Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.
Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.
Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-
Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Syaitan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.
Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawanan akhir ini...
Dari Saya Muhammad qisti raid :D
Posted by Muhammad Qisti Raid at 11:36 PM 0 comments
Friday, September 4, 2009
Cerita - Cerita Teladan
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? "
Murid 1 = ‘ Orang tua ‘
Murid 2 = ‘ Guru ‘
Murid 3 = ‘ Teman ‘
Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? ‘
Murid 1 = ‘ Negeri Cina ‘
Murid 2 = ‘ Bulan ‘
Murid 3 = ‘ Matahari ‘
Murid 4 = ‘ Bintang-
Iman Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama ‘ .
Iman Ghazali = ‘ Apa yang paling besar didunia ini ? ‘
Murid 1 = ‘ Gunung ‘
Murid 2 = ‘ Matahari ‘
Murid 3 = ‘ Bumi ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. ‘
IMAM GHAZALI ‘ Apa yang paling berat didunia? ‘
Murid 1 = ‘ Baja ‘
Murid 2 = ‘ Besi ‘
Murid 3 = ‘ Gajah ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-
Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ? ‘
Murid 1 = ‘ Kapas ‘
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ‘
Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? ‘
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang ‘
Imam Ghazali = ‘ Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ‘
’sampaikanlah walaupun satu ayat ini kerana ia adalah ilmu yang bermanfaat’ ..
Posted by Muhammad Qisti Raid at 6:54 PM 0 comments
Tuesday, September 1, 2009
Manusia Akhir Zaman
bacalah...kalau tidak...
..... Allah saja yang tahu .....
Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)
Maha Penyayang
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari sedang anda menunaikan Solat jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macam mana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak Solat jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya diamalkan cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time solat jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time solat hari raya aidilfitri..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit atau terkandung dalam Al-Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa.."
"Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.."
"Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak??..."
wallahuaallam..
assalamualaikum,
Posted by Muhammad Qisti Raid at 1:27 AM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
Kurang Ajar Punya mercun...!!
adegan yang melawakkan berlaku pada 24.08.09..time tu aq ngan sahabat aq,harun,tgh khusyuk solat terawih berjemaah,...then tetiba bunyi letupan mercun...apelagi terkejut beruk laaa...
aq tak tahu nak cover macam mane,aq buat2 menyapu muka,yang harun plak,cover buat2 korek hidung...aduuuuiii..!! tambah xleh khusyuk r..hahahaha:)) die memang ske korek hidung...
hahaha pelik2 sahabat aq yang ade di IMTAZ nie..!!
Posted by Muhammad Qisti Raid at 2:57 AM 2 comments
Sahabat IMTAZ
24.08.09, pukul 7 pagi , time tu aq baru habis menunaikan solat subuh,membaca yassin n bertahlil bersama sahabat-sahabatku di IMTAZ.kemudian aq jumpalah ustaz aq isitu ustaz Ali Bin Omar, kebetulan ayah aq pun ade disitu , maklumlah ayah aq setiausaha Masjid Cahaya Iman.Then,Ustaz Ali bg tahu ayah aq bahawa malam nie imam untuk solat terawih ialah salah satu dari sahabatku iaitu Hassan Al-Hafiz . hahah aq pun daa happy dah time tu coz salah seorang sahabat IMTAZ aq jadi imam malam nie..So,malam tu ayah aq umumkan kat para jemaah masjid,imam yang akan bertugas pada malam nie ialah adik IMTAZ kite Hassan Al-Hafiz..terkejut hassan...xready pape pun..aq pun lupe nak bg tahu die yang malam tu die kena jadi imam..hehehe...after habis 8 rakaat,bangga gile die,hahaha persiapan terkejut,senyumannya lebar hingga ke telingalah..
hahaha:)) ...terima kasih kerana membaca..!!
Posted by Muhammad Qisti Raid at 2:47 AM 0 comments
Friday, August 21, 2009
Tanda Tanda Kematian
BACALAH....!!!
Mati kite tidak tahu bile...!!
Adapun tanda2 kematian mengikut ulama' adalah benar & wujud..!!
Cuma amalan & ketaqwaan kte shj yg akan dapat membezakan kepekaan kte kpd tanda2 ini..
Diriwayatkan Rasulullah SAW masih mampu memperlihat & menceritakan kpd keluarga & sahabat secara langsung akan kesukaran sakaratul maut dari awal hingga akhirnya hayat baginda..
Sume tanda2 ini akan berlaku kpd org2 ISLAM shj manakala org kafir iaittu org yg menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dgn kekufuran mereka kpd Allah..
Tanda2 kematian ini terbahagi kpd beberapa bhgian..
~TANDA 100 HARI SEBELUM MATI...
Ini adalah tanda pertama dari Allah kpd hambanya & akan disedari oleh mereka yg dikehendakinya...
Walau bagaimanapun, semua org islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak shj..
Lazimnya berlaku pada waktu Asar..
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan2 menggigil..
Tanda ini lazat bg mereka yg sedar & terdetik di hati mungkin ini adalah tanda mati..
Maka getaran ini akan berhenti & hilang setelah kte sedar akan kehadiran tanda ini..
Bagi merka yg xsedar akan petanda ini atau mereka hanyut dgn kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu shj & xmemberi sebarang manfaat...
Bagi yg sedar akan kehadiran tanda ini maka adalah peluang terbaik utk mempersiapkan diri dgn amalan & urusan yg akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati..
~TANDA 40 HARI SEBELUM MATI...
Tanda ini juga berlaku slps Asar..
Bahagian pusat kte akan berdenyut2..
Pada ketika ini daun yg tertulis nme kte akan gugur dari pokok yg diletakkan di atas Arash Allah SWT..
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut & mula membuat persediaannya ke atas kte..
Antaranya ialah ia akan mula mengikuti kte sepanjang masa..
Sekali sekala malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu & jika ini terjadi, mereka yg terpilih ini akan menjadi bingung seketika...
Adapun malaikat ini cuma satu tetapi kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dgn jumlah nyawa yg dicabutnya...
~TANDA 7 HARI SEBELUM MATI...
Adapun tanda ini hanya diberikan kpd mereka yg diuji dgn musibah penyakit di mana org yg sakit yg xberselera utk makan secara tiba2 berselera pula..
~TANDA 3 HARI SEBELUM MATI...
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kte iaitu diantara dahi kanan & kiri..
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kte slps itu supaya kte xmengandungi byk najis & ini akan memudahkan urusan org yg memandikan kte nanti..
Ketika ini juga mata hitam kte akan bersinar & bg org yg sakit, hidungnya akan perlahan2 jatuh & ini dpt dikesan jika kte melihatnya dari bahagian sisi..
Telinganya akan layu dibahagian hujungnya akan beransur2 masuk ke dlm....
Tapak kakinya akan terlunjur akan perlahan2 jatuh ke hadapan & sukar ditegakkan...
~TANDA 1 HARI SEBELUM MATI..
Akan berlaku sesudah waktu asar di mana kte akan merasakan satu denyutan di sebelah iaitu di kawasan ubun2 di mana ini menandakan kte xsempat menemui waktu Asar pd keesokkan harinya...
~TANDA AKHIR...
Akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat & ianya akan turun ke pinggang & seterusnya akan naik kebahagian halkum..
Ketika ini hendaklah kte terus mengucapkan kalimah Syahadah & berdiam diri sambil menantikan kedatangan malaikat maut utk menjemput kte kembali kpd Allah SWT yg telah menghidupkan kte & sekarang mematikan pula...
Sesungguhnya,
marilah kte bertaqwa & berdoa kpd Allah SWT smoga kte adalah di antara org2 yg dipilih oleh Allah yg akan diberi kesedaran utk peka terhadap tanda2 ini..
Semoga kte dpt membuat persiapan terakhir dlm usaha memohon keampunan sama ada dari Allah mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa urusan hutang piutang kte..
Walaubagaimanapun sesuai dgn sifat Allah yg Maha Berkuasa lg Maha Pemurah & Maha Mengasihani...
Maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dgn amalan doa iatu sama ada doa dari kte sendiri ataupun doa dari org lain...
Namun ianya adalah ketentuan Allah semata2..
Oleh itu, marilah kte bersama2 berusaha & berdoa semoga kte diberi kesihatan tubuh badan & juga fikiran dlm usaha kte utk mencari keredhaan Allah sama ada di dunia mahupun di akhirat...
Apa yg baik & benar itu dtg dari Allah & apa yg salah & silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri..
Wallahu A'lam....
Posted by Muhammad Qisti Raid at 6:23 PM 2 comments


