Wednesday, October 5, 2011

Rumput ...

Pada suatu hari , di sekolah , seorang murid hendak bertanya kepada gurunya . Ketika itu , gurunya sedang mengajar mengenai " KASIH SAYANG " .

Pelajarnya bertanya : " cikgu , cikgu (!) , macam mana kan , kita nak pilih seseorang yang
terbaik untuk kita jadikan dia sebagai orang yang kita paling sayang ?
cikgu , cikgu , macam mana kan kan kita nak jaga kasih sayang kita
berkekalan ? "


Cikgu pun menjawab : " Ok , kamu ikut apa yang saya suruh buat . Kamu pergi keluar kelas ,
lepas itu terus menuju ke padang . Kamu berjalan diatas rumput dan lihat
disekeliling kamu . Sambil kamu berjalan , pilihlah rumput yang PALING
cantik tanpa menoleh kebelakang walau sesekali pun . Apabila kamu sudah
menemui rumput berkenaan , bawalah ke kelas dan tunjuklah pada cikgu ,
ok ? "

Selang 10 minit kemudian ...

Pelajar : " cikgu , cikgu , tadi kan masa saya jalan jalan kat padang kan , saya carilah yang
paling cantik . Tapi kan , memanglah ada banyak yang cantik cikgu , tapi kan cikgu
kata petik yang paling cantik . Maka saya pun terus lah berjalan ke depan sampai ke
hujung padang . Tapi saya tak jumpa pun yang paling cantik , eee tension (!) ,
mungkin ada diantara rumput yang paling CANTIK dibelakang saya tadi . Tapi saya
ingat kata - kata cikgu , yang cikgu cakap tak boleh toleh ke belakang semula , jadi
tiadalah rumput yang saya dapat petik . "


Cikgu : " Ya , benarlah (!) , itulah jawapannya (!)


Pelajar : " Maksud cikgu ?? " sambil menggaru kepala .


Cikgu : " Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayangi , janganlah
kita mencari lagi yang lebih baik dari itu . kita sepatutnya menghargai orang yang
berada di hadapan kita dengan sebaik - baiknya . Dan janganlah kamu menoleh ke
belakang lagi kerana yang sudah berlaku itu adalah takdir Allah , Allah lah yang
menentukan segala - galanya , Qada' dan Qadar . Semoga yang berlaku tidaklah berulang
lagi . Dan ingatlah , orang yang paling kita sayang itu , adalah orang yang paling
cantik dan paling baik yang tidak pernah kita dapat sebelum ini , mahupun nak ikutkan
, terdapat banyak lagi rumput yang cantik dan baik seperti rumput tadi .


p/s : Sayangilah diriku ini sebagaimana kisah rumput ini <3

Wednesday, August 31, 2011

إلال لقاء رمضان

Assalamualaikum , sebulan berpuasa telah berlalu kini masuknya bulan syawal , terlalu banyakkah ibadah kita yang kita telah lakukan dengan kesungguhan kita ? mudah - mudahan apa yang telah kita kerjakan , amalkan di bulan ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita , diterima ALLAH mendapat rahmat dan keberkatannya insyaAllah . Amiin .

Syawal , adalah bulan fitrah , suci , asal . yakni kita telah dibersihkan disucikan dihapuskan segala kekotoran dalam badan ( hati ) dengan banyakkan beramal di bulan yang mulia , ramadhan . kini telah masuknya bulan syawal , bulan yang umat islam bersahut bersorak kerana kemenangan umat islam berjihad ketika berperang . Oleh itu , hiasilah diri kita sebagaimana yang telah kita mendidik jiwa di bulan ramadhan itu diamalkan dibulan syawal .

Dengan kesempatan ini , sesiapa sahaja yang mengenali diri saya , saya ingin memohon maaf JIKALAU TERDAPAT SALAH dan SILAP , TERLANJUR KATA , TERKASAR BAHASA dan PERKARA TAK DISENGAJA DILAKUKAN . Maafkanlah lah yeee . Sampai berjumpa lagi :)

p/s : uiittt awak , selamat hari raya , jangan harap kita nak bagi awak duit raya ...!! hihihihi :p

Saturday, July 30, 2011

Fitrah :D

Assalamualaikum , Ya Allah , memang rasa dah lama sangat qisti tak update blog qisti . Banyak perkara yang qisti nak ceritakan . Tapi bukanlah semua , maksud qisti yang berkenaan dengan tajuk diatas sahajalah . Heee (!) takpe eh ??

Dalam perbicaraan kali ni , qisti nak ceritalah sedikit tentang FITRAH , tapi ia lebih kepada CINTA ok . Setiap manusia akan dianugerakan oleh Allah perasaan berkasih sayang . ini juga dipanggil fitrah , kerana kurnia dari illahi . Sama juga seperti qisti ni , insan yang lagi hina dan tidak lekang membuat dosa kepada Allah , ada jeee qisti langgar perintahnya dan melakukan larangannya . Na'uzubillahi Min Tzalikh * . Ya Allah , ampunkan segala dosa - dosaku selama aku hidup di muka bumimu Ya Allah , selama 19 tahun ini .

Sebagai seorang hamba yang mempunyai perasaan , qisti telah ditemukan dengan seorang dari kaum hawa yang mempunyai sifat keperibadian dan persepsi diri yang qisti suka . Alhamdulillah , seronok juga berkenalan dengannya , ini dipanggil fitrah yang dikurniakan dari illahi . Qisti takkan sia - siakan peluang ini . Qisti pun dah besar , insyaAllah pemikiran pun sudah menunjukkan kematangan , jadi bolehlah qisti memulakan hidup baru dengan memiliki seseorang dengan berkat dan rahmatmu , segalanya ku serahkan padamu , qisti merancang dan Allah menentukan Qada' dan Qadar qisti .

Ya Allah , jikalau dia benar jodohku , rapatkanlah hubungan antara kami dengan berkat dalam mencari rahmat dan redhamu , dan jikalau dia bukan jodohku , berikanlah aku jalan yang terbaik untuk menjalani kehidupan seperti biasa dari mewujudkan perasaan kurang berpuas hati terhadapMU , Ya Allah , jikalau die benar jodohku , kabulkanlah permintaanku , satukanlah kami berdua sehingga ke akhirnya , dan jikalau die bukan jodohku , jauhkanlah kami berdua dari kami bersatu kerana segalanya engkau yang lebih mengetahui apa yang akan berlaku apabila kami bersatu . Jikalau ditakdirkan bersama , akanku selalu mendoakan yang terbaik buat kami berdua , sejurus itu dalam mencari berkat rahmatMU dan keberkatan dariMU ,AMIIINNN .

Terima kasih kerana membaca , kerana ini adalah salah satu luahan hati terhadap pembaca dan si dia <3 , harap berkekalan hingga akhir di nanti , insyaAllah . Amiiiin :DD

Wednesday, June 15, 2011

Zahir BAIK Batin JAHIL

MAAFKAN KESEMUA KESALAHANKU , KEPADA SESIAPA YANG MENGETAHUI TENTANG DIRIKU . DOAKAN SUPAYA QISTI KEMBALI KE " SIRRATOL MUSTAQIIM " .

" BARANGSIAPA YANG MEMBUKA AIBNYA DIDUNIA , MAKA TIDAK SEGANLAH ALLAH INGIN MEMBUKA AIBNYA DIAKHIRAT KELAK "

Tuesday, June 14, 2011

Semester 3

Assalamualaikum , Kifhal ya ikhwan wa akhowat ?? Alhamdulillah ? Bi khoir ? toyyib . Pejam celik pejam celik dah semester 3 . Dua minggu lagi nak masuk sem 3 . After this ada program minggu sual kenal huffaz . Terpaksalah korbankan masa disana . Demam woah harini (!) , patutnya esok dah ready nak balik kolej after subuh , but badan feel tak sihat jeee . Semoga Allah menyembuhkan diriku ini .

Macam - macam ujian bila nak masuk sem 3 ni , terlampau banyak kerenah yang qisti jumpa apabila bertemu dengan rakan qisti . Itu tak boleh ini tak boleh senang cerita APA PUN TAK BOLEH (!) . Persediaan nak menghadapi semester baru ni ?? macam mana eh ? haihhh , dahlah dikelilingi dengan banyak masalah , satu persatu masalah datang . Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku . AMIN .

Kepada pembaca atau rakan bloggers yang singgah disini , kenal ataupun tidak , inginku beritahu satu perkara , ku tutupi diriku ( pintu hatiku ) dari dimasuki orang . dan kuharamkan diriku untuk berCOUPLE . Doakan supaya qisti tetap dengan pendirian qisti . Maaflah kerana terlalu TEGAS . Kata - kata yang tersirat dan terbuku dalam hati ini tidak akan ditarik balik (!) , walaupun qisti admire perempuan tu sudah sekian lama atau masih menunggunya .

Semangat baru mestilah dilahirkan oleh setiap insan apabila mengharungi kehidupan . Jadi , jiwa kacau yang menghantui diri qisti ini , akan pudar dari diri qisti . Mulakan kehidupan baru tanpa diganggu oleh kaum HAWA . Allah maha mengetahui kesemuanya kerana Allahlah yang menentukan Qada' dan Qadar qisti . Jadi qisti berazam dan memegang kata - kata amanah yang qisti keluarkan dengan menaip di sini . Itu sahaja yang qisti dapat kongsikan disini , ilal liqa' wa maas salamah , InsyaAllah . Assalamualaikum .

3 Bulan Tak Update

Assalamualaikum , apa khabar rakan blogger semua ? baru harini , qisti dapat meluangkan masa dengan menulis atau menaip . heeee , maaflah eh , sebab dah lama tak update . Macam macam perkara yang qisti nak cerita and kongsikan kepada kesemua rakan bloggers , tapi rasanya tak sempatlah nak tulis malam ni . Nanti , kalau ada perkara baru yang qisti nak kongsikan , qisti tulis lah . Tapi malam nie , nak habaq mai serba sedikit tentang apa yang qisti lalui selama 3 bulan qisti menghilangkan diri .



Hari tu pi masjid india , kat jalan masjid india tu terserempaklah dengan Ustaz Akhil Hayyy . Apa lagi , kita pi amik gambarlah dengan die . Waktu ni , qisti dengan tujuan untuk mencari kitab arab :DDD




Yang ni pulak , hari ahad lepas , hadir kuliah Ustaz Zahazan . So sepatlah bergambar bersama die :)

Alhamdulillah , banyak yang qisti harungi bila qisti sedang belajar kat dunia universiti ni . Nanti qisti kongsikan apa yang qisti hadapi lagi ok . sampai disini sahajalah . Assalamualaikum :D

Tuesday, March 29, 2011

Mood yang tidak menyenangkan :p

As Salam ... Apa khabar semua ? rasanya dah sebulan qisti tak update blog . Kesibukan yang melampau . Akhir - akhir ni qisti takde moood lah . entahlah tak tahu kenapa .Assignment banyak , hafazan ada sedikit tertinggal , dan macam - macam lagilah . Maaflah ok , memang dah lama sangat tak kongsi cerita dengan sahabat yang disayangi dalam blog ni . Nanti kalau ada masa yang terluang qisti akan update apa yang qisti buat atau lakukan sepanjang qisti cuti ok . InsyaAllah . heeee , curi masa jap update blog , padahal ngah buat assignment qiraat . As Salam .

Wednesday, March 2, 2011

YOU , Couldn't be MINE

My words desert me
So anything can hurt me without you
Just the little things get to me
You're here to help me up the mountain
So what happens now
There is no lack in fight or love for you
It doesn't matter what anyone says
There is only a few who really speak up
When they do they are just jealous of the passion that we share . . .

I had to change
i had to climb up that hill that i've been at the bottom for so long
For no longer will I stay behind that glass door
Where no one can see the part of me that makes me , me . .
Before you everyone saw the reflection of who i am
Now when i'm with you they see the real me
Thats why I LOVE YOU
You're the one that gave me courage and the strength
To smash the glass door and step itto the light with you

Or that wase the case a few months ago
But ,
From the sound of my heart breaking
Your voice only telling it that you love her
And that you don't love me comes
The tears of loneliness
I couldn't change it you were going to break my heart
I already knew
Before you whispered into my soul that night on the floor
Every night could be a fantasy for you and me
Only if you would give me a chance
For this is only my second dance
My heart was unprepared to be hit with a ton of bricks
My heart and body hurt from the trauma
My eyes hurt from the tears i've cried

I can't fight this feeling
This feeling of worthlessness and lonesome
I want to be in your arms
I want to see the blue eyes glisten into MINE
I want to feel your kiss
I need to hear your charming voice saying that you love me
I will get over you
Even though I have slid back to the bottom
Of that hill I just got done climbing
I will make it to top

Because i will die standing on my feet
Rather then live of my knees
Because you simply COULDN'T BE MINE . . .


Muhammad Qisti Raid :)

Thursday, February 24, 2011

Cuti yang tidak disengajakan . . .

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuhu , apa khabar kepada semua pembaca ? adakah semuanya sihat - sihat belaka ? untuk pengetahuan pembaca semua , qisti tidak sihat . Doakanlah saya supaya cepat sembuh . AMIN . Mesti semua tertanya - tanyakan kenapa tajuk status qisti seperti itu , kalau nak tahu bacalah isinya disini . Akhir - akhir ini , badan qisti menjadi lemah , dan suhu badan begitu panas . Qisti tak tahu ujian apa kali ini yang akan diuji oleh Allah kepada qisti , takpelah terima dengan penuh redha . Alhamdulillah , sampai harini qisti dapat menahan ujian itu , iaitu . . . . . Badan qisti selalu lemah , selera makan pun kurang , nak bercakap pun mulut rasa berat , qisti nak mintalah doa dari kalian semua supaya doakan qisti cepat sembuh dan dapat mengharungi segala ujian yang mendatang , InsyaAllAH . AMIN . Sampai disini sahajalah qisti dapat huraikan tentang tajuk diatas , tak larat nak taip . Nanti borak lagi okayh , As Salam .

Saturday, February 19, 2011

Menginsafi Diri :'(

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim , Ya Allah , bila diucap kalimah Subhanallah . . . terasa diri ini begitu KOTOR dengan DOSA . . . tika dilafaz Alhamdulillah..terasa pula NAFSI ini begitu HINA . . lalu diungkap takbir Allahu Akhbar . . . berguguranlah AIR MATA kerna KEKERDILAN hamba . . . Ampunkanlah dosa hambamu ini Ya Allah , Ampunkanlah dosa - dosa silamku Ya Allah , Dosa Kedua Ibu Bapaku Ya Allah , Dosa Keluargaku , Dosa guru - guruku dan dosa muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia . Ku mohon dariMU Ya Allah , Ampunkanlah dosa kami semua , sesungguhnya engkau Tuhan yang maha pengampun . AMIN .

Tuesday, February 15, 2011

12 Rabiul Awal

Assalamualaikum , apa khabar semua ? alhamdulillah sihat - sihat kan semua ? Pada tanggal 15 . 02 . 11 iaitu HARI SELASA merupakan hari lahirnya Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam , hari untuk memperingati khalifah yang mulia lagi pesuruhnya Allah . Segelintir umat islam tidak sabar - sabar menunggu hari lahirnya nabi , kerana pada hari itu sahajalah mereka akan ingat pada nabi , setelah itu mereka akan lupa . Nauzubillahi Min Zalikh . Kita menyambut Maulidur Rasul adalah bertujuan untuk mentarbiyahkan diri kita untuk mengikut amalan dan sunnahnya , taat kepada perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya . Justeru , perjuangan Nabi Muhammad juga perlu diambil ikhtibar , segelintir umat islam sekarang sudah jauh terpesong , semoga kita mendoakan yang terbaik untuk umat - umat islam di luar sana , InsyaAllah .

Ingin qisti kongsikan program yang dijalankan di KOLEJ HAFIZ , KLANG , Sempena sambutan MAULIDUR RASUL : -

Nama Penceramah : Ustaz Muhammad Asyaari Abdul Rahman
Waktu : 11.30 - 13.00
Tempat : Musolla Hafiz
Tajuk : Mengingati Nabi Muhammad S.A.W

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Asyaari penuh dengan keilmuan , kesemua pelajar sekolah menengah dan pelajar diploma serta pensyarah - pensyarah HAFIZ hadir mendengar ceremah . Alhamdulillah , banyak ilmu yang qisti perolehi dalam mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Asyaari , jikalau ada masa nanti , qisti letaklah pengisian ilmu ceramah dari Ustaz Asyaari okayh ? sampai berjumpa lagi , Assalamualaikum .

Saturday, February 12, 2011

Ceritera :')

Assalamualaikum semua , apa khabar ?sihat sihat eh semua ? Bagus Alhamdulillah . Bagi sesiapa yang tidak sihat , qisti ucapkan SyafakaAllah ,semoga Allah menyembuhkahkannya . Sudah seminggu qisti tak update blog , maklumlah sibuk dengan kuliah dan hafazan . Takde masalah . Makin lama makin rindu pulak , rindu sangat- sangat nak menaip keyboard di laptop . Akhirnya dapat juga melepaskan rindu . Yelah , qisti sebenarnya banyak benda nak diceritakan , ada cerita gembira , sedih , marah , tentang perasaan dan lain - lain lagi .

Yang pertama , cerita yang qisti ingin kongsikan ialah cerita gembira . Qisti diamanahkan oleh seorang bapa bahawa anaknya , Arman Shah , merangkap juga adik angkat qisti di kolej HAFIZ , mengalami masalah dalam mata pelajaran matematik dan bahasa melayu . Alhamdullillah , ini adalah satu tanggungjawab yang besar kerana ini adalah amanah yang diberikan oleh bapanya . InsyaAllah , qisti akan mengajar Arman dengan baik dan teratur . Seterusnya , ini berkenaan dengan cita - cita qisti untuk menyarung jersi malaysia , akhirnya dapatlah rezeki menyarungnya( lengan panjang pulak tu ) , sumpah SMART (!) . Qisti nak tunjuk gambar nih (!)



Cerita sedih pulak , qisti ada masalah dalam bab menghafaz quran sejak kebelakangan ini . Perasaan ni bergelumangan dalam diri sehinggakan susah nak concentrate , sehinggakan mengganggu juga maddah qisti . Banyak benda yang qisti fikir , haihhh , kepada pembaca yang membaca , qisti mintalah , doakanlah qisti supaya disenangkan menyebut kalimah - kalimah Al - quran , dipercepatkan menghafaz , dikuatkan semangat agar tidak cepat putus asa , dan yang paling penting , doakanlah qisti supaya Allah memudahkan urusan qisti di kolej HAFIZ ini ok ? InsyaAllah , AMIN .

Kali ni pulak mesti pembaca tertanya - tanya , cerita gembira dan sedih dah kan ? bila nak cerita tentang perasaan ? ahaha , biasalah , nama pun lelaki , mestilah ada nafsu . tidak mungkinlah lelaki tidak mempunyai perasaan kepada kaum hawa ,lebih dikenali sebagai perempuan . MUSTAHIL . Hihi ,buat masa sekarang qisti still SINGLE . So about qisti punya perasaan kesemuanya PRIVATE . Tiada yang tahu melainkan yang sewaktu dengannya . Doakan jugak supaya qisti dapat perempuan yang berwatakan SOLEHAH . AMIN .

P/s: Poem dah siap ;p

Cukuplah sampai disini , nanti qisti sambung cerita lagi okayh . Semoga Allah merahmati kamu sekalian . Sampai ketemu lagi . Assalamualaikum .


*** ILAL LIQA' WA MAAS SALAMAH ***

Thursday, February 3, 2011

Melaka Oh Melaka (!)

Assalamualaikum , apa khabar semua ? sihat - sihat belaka ke ? heeeee , alhamdulillah qisti sihat jee . Qisti ada di kampung sekarang ni , sungai udang , melaka . Perjalanan dari rawang ke melaka memakan masa 2 jam , so qisti dan family sampai dalam pukul 1 , kerana bertolak dari rumah dalam pukul 11 .Nak dijadikan cerita , sebelum ni atok qisti ada menjalani pembedahan mata , buang selaput mata , alhamdulillah sekarang , atok dah beransur pulih dan boleh melihat kembali seperti biasa . Syukur kepada Allah yang telah menyembuhkan dan memberi peluang kepada atok untuk melihat kembali , AMIN . heeee , qisti updated blog ni waktu pagi , after subuh dalam jam 7.18 a.m . After this nak pergi tanjung keling , pi PANTAI . saja jeee nak berkelah dengan family , nanti kalau ada gambar qisti & family qisti letak ok . Sampai berjumpa lagi . Assalamualaikum .

Wednesday, February 2, 2011

Menghiasi dingin malam dengan ...



Dimulakan dengan pembuka kata iaitu '' Assalamualaikum kepada rakan bloggers (!) '' yang membaca blog qisti . Malam - malam ni tengah hujan then sejuk pulak tu , layan lah sekejap coklat yang pembaca semua lihat di atas tu . Haaaaaa , kepada yang berkenaan mesti jeles kan tengok qisti makan chocolate . Tapi takpe , seminggu ni jee , time cuti jee pun , lepas ni banyak lah pantang larang . Makan chocolate sambil tengok movie IP MAN lagi . Gempak Woah (!) . Ahahahah , dah tak tahu nak cakap apa lagi , sebenarnya dah takde idea nak tulis apa , then teringat yang sedang makan chocolate , tulis jelah tentang chocolate . Ahah (!) , satu lagi , mama qisti bagi chocolate sebab qisti update blog die . Memang pening kepalalah nak update , nak itu nak ini , tapi takpelah mama qisti punya pasal qisti sanggup buat " LOVE YA MUMMY '' , akhirnya dapat jugak tenangkan fikiran dengan makan chocolate . Oklah , cukup sampai disini untuk harini . Sampai berjumpa lagi . Assalamualaikum .

Tuesday, February 1, 2011

Seakan - akan air yang sedang mendidih

Assalamualaikum , nak diikutkan memang mood tidak baik . 5 bulan dah qisti pendam benda ni . Tapi akhirnya air yang mendidih itu menghasilkan buih - buih halus keluar dari gelas . FedUp (!) , haihhh , tak tahu nak cakap macam mana , Sumpah qisti cakap qisti memang marah kepada insan - insan yang bakal terasa , tak payah makan cili confirm akan terasanyalah . Duk kutuk mengutuk , apa hampa pikir hampa baik sangat ?? fikirlah diri tu sikit , time susah hampa mintak tolong , bila dah senang , perrgghhh lupaaaa (!) . seakan - akan diri itu munafik , bila susah cari , bila senang , terima kasih pun hampa tak sebut . Aku nak habak sikit , hampa tak payahlah nak buat muka sedih kaa , muka kasihan kaa , aku hampir meluat , siang malam aku ambil wudhu untuk menenteramkan jiwa supaya tidak marah . Akhirnya , terlepas sudah walaupun dah ambil wudhu . Ini bukan main - main tapi ini betul - betul . Memang tiada harapan untuk tarik kata - kata , kerana ini MUKTAMAT . Dah takde nak rujuk - rujuk ke , merayu MINTA MAAF ke . STOP (!) . Maaf yee pembaca sekalian , bersemangat sebab diri sedang mengalami tekanan yang amat dasyat , tu yang qisti jadi OVER jap . Heeeee , maaf ya . Oklah , nanti kalau qisti dah tenang qisti sambung cerita dalam topik baru ok . InsyaAllah . Assalamualaikum .


Inna Allaha Maas Sobirin.....

Monday, January 31, 2011

Carbonara

Assalamualaikum , haihhh , nak ceritalah sedikit ni . Sebulan duduk di HAFIZ , terlalu banyak ujian yang mendatang . Ini salah satu ujiannya adalah makanan . Pensyarah HAFIZ ada beritahu yang makanan yang disediakan di HAFIZ ini adalah makanan yang boleh meningkatkan tahap hafalan seperti ikan , sayur dll . All that vegetarian . Haihhh , akhirnya qisti faham kenapa boleh makan ini kenapa ini tidak boleh makan . Kepada pembaca yang menghafaz quran , adalah lebih baik untuk kita menjaga dalam hal pemakanan . Ini adalah kerana jikalau tersalah makan , atau terlanggar pantang , mungkin ia akan melumpuhkan ingatan kita . Jadi harapan kita adalah untuk membezakan makanan yang baik dan makanan yang kurang baik . Nak cerita lagi , harini langgar pantang sikit , qisti buat CARBONARA (!) , heeee lama dah tak makan , selalu makan nasi dengan ikan sahaja , bukan nak mengadu dan bukan nak mengutuk . Alhamdulillah , perrrggghhh sedapnya , hingga menjilat jari . Syukur kehadrat ilahi yang melimpahkan rezeki . Sambung makan jap dan sampai ketemu lagi . Assalamualaiakum .

Sunday, January 30, 2011

SyafakaAllah

Assalamualaikum , buat sahabat - sahabat yang demam , qisti ucapkan syafakaAllah . Semoga Allah menyembuhkan kita . InsyaAllah . Akhir - akhir ni qisti selalu demam . Paling teruk pun selsema , haihhh . Tiap kali hhaaacchuuuuuuuu (!) , tapi sabar sahajalah , itulah tandanya Allah sayang pada kita dan Allah menyuruh kita mengingatkan dan mendekatkan diri kepadaNYA . Sakit ni juga adalah untuk menghapuskan dosa - dosa kecil , Allah tarik nikmat sihat dalam diri kita kemudian Allah memberikan kita sakit . Justeru , apabila kita sudah sihat janganlah kita lupa akan Allah yang telah menyembuhkan kita . InsyaAllah . Sampai berjumpa lagi . Assalamualaikum .

Sunday, January 23, 2011

Mengajar

Assalamualaikum , ingin qisti kongsikan sedikit pengalaman mengajar sebagai guru gantian di Sekolah Menengah Hafiz cawangan sungai pinang . Mula - mula terkejut juga yang pengetua HAFIZ panggil ke pejabat , then pengetua beritahu yang hari sabtu iaitu 22.01.2011 , pengetua akan adakan mesyuarat dan menjemput kesemua guru datang untuk menghadiri mesyuarat tersebut . Sehubungan dengan itu , tujuan pengetua memanggil qisti dan 6 orang pelajar diploma lagi untuk menggantikan guru - guru yang bakal menghadiri mesyuarat tersebut . Alhamdulillah , qisti dan 6 sahabat qisti yang lain berjaya melakukannya dengan baik . Nak tengok gambar ? sebentar yaaa .




Dari Kiri :

Ust Ahmad Najibul Haidhor ( Sejarah ) .
Ust Ahmad Syahmi ( Tasmik ) .
Ust Abdul Azim ( Tasmik ) .
Ust Muhammad Luqman ( science ) .
Ust Muhammad Qisti Raid ( Bahasa Melayu dan English ) .
Ust Muhammad Hamizan ( Bahasa Arab ) .
Ust Muhammad Haiqal Hafz ( Math ) .






Sedikit sebanyak , dapatlah jugak bergambar dengan pelajar 1A . Bolehlah dikatakan sebagai pelajar kesayangan kerana antara lima kelas yang qisti mengajar kelas ini paling banyak memberi komitmen . Alhamdulillah , tanggungjawab qisti telah selesai walaupun sehari mengajar di Sekolah Menengah Hafiz , banyak yang qisti dapat disana , sekarang ni baru terfikir yang betapa susahnya nak mengajar , kini baru qisti merasainya . InsyaAllah , kalau ada peluang lagi , nak mengajar lagi .Ini sahajalah serba sedikit yang qisti dapat kongsikan , sampai berjumpa lagi , Assalam .

Tuesday, January 18, 2011

Seharian

Assalam , perrggghh nak dekat seminggu tak update bloggg . Akhirnya , dapat juga jari jemari bermain di keyboard . Sejak akhir - akhir ni , mood qisti agak kacau bilau , entahlah tak tahu kenapa . Haiihhh , sekejap tu sekejap ni . Tapi takpe , mungkin ini ujian untuk qisti .

Dalam masa yang sama , ada juga selitkan aktiviti harian . Main futsal , joging . Entahlah , ini sahajalah aktiviti yang dapat menghilangkan kebosanan dalam diri qisti . Tiap hari di kolej , ini jelah rutin hariannya selain dari menghafaz dan mengulang Al - Quran .

Haihhhh , ramai betul sahabat - sahabat qisti sering bertanyakan tentang perempuan , wanitalah , tah pape tah .Buat masa sekarang nie , entahlah , memang nak ceburi bidang ni , tapi yelah kan , NO KOMEN . ahahahah .

So , kepada sesiapa yang berminat . Ceh Wah (!) , simpan lah hasrat tu dulu kayh ,
hati masih belum terbuka tetapi akan dibuka oleh seseorang perempuan yang qisti suka sehingga sekarang . InsyaAllah , qisti akan tunggu dia membukanya dengan kunci yang diredhai . Amin . Sampai berjumpa lagi . Assalam :)

Sunday, January 9, 2011

Kuliah Hafidz

Assalam ,

Sekadar sepintas lalu sahaja , heeeee . Dah lama qisti tak update blog , so , nak luangkan masa lah jap eh . Permulaan semester dua di HAFIZ banyak mengubah identiti qisti . Alhamdulillah , banyak yang qisti perolehi walaupun kelas baru start , baru dua minggu kot . Ahha (!) , btw , rindu sangat kat family , sahabat - sahabat , calon menantu , calon mentua . Haihhh , kalau nak diikutkan semualah . Dari itu , qisti mintak sangat doa dari pembaca - pembaca semua , doakan qisti supaya dapat mengharungi kesemua ujian yang bakal mendatang kepada qisti . InsyaAllah okayh ?

Sampai ketemu lagi :)
Assalam .