Monday, January 31, 2011

Carbonara

Assalamualaikum , haihhh , nak ceritalah sedikit ni . Sebulan duduk di HAFIZ , terlalu banyak ujian yang mendatang . Ini salah satu ujiannya adalah makanan . Pensyarah HAFIZ ada beritahu yang makanan yang disediakan di HAFIZ ini adalah makanan yang boleh meningkatkan tahap hafalan seperti ikan , sayur dll . All that vegetarian . Haihhh , akhirnya qisti faham kenapa boleh makan ini kenapa ini tidak boleh makan . Kepada pembaca yang menghafaz quran , adalah lebih baik untuk kita menjaga dalam hal pemakanan . Ini adalah kerana jikalau tersalah makan , atau terlanggar pantang , mungkin ia akan melumpuhkan ingatan kita . Jadi harapan kita adalah untuk membezakan makanan yang baik dan makanan yang kurang baik . Nak cerita lagi , harini langgar pantang sikit , qisti buat CARBONARA (!) , heeee lama dah tak makan , selalu makan nasi dengan ikan sahaja , bukan nak mengadu dan bukan nak mengutuk . Alhamdulillah , perrrggghhh sedapnya , hingga menjilat jari . Syukur kehadrat ilahi yang melimpahkan rezeki . Sambung makan jap dan sampai ketemu lagi . Assalamualaiakum .

Sunday, January 30, 2011

SyafakaAllah

Assalamualaikum , buat sahabat - sahabat yang demam , qisti ucapkan syafakaAllah . Semoga Allah menyembuhkan kita . InsyaAllah . Akhir - akhir ni qisti selalu demam . Paling teruk pun selsema , haihhh . Tiap kali hhaaacchuuuuuuuu (!) , tapi sabar sahajalah , itulah tandanya Allah sayang pada kita dan Allah menyuruh kita mengingatkan dan mendekatkan diri kepadaNYA . Sakit ni juga adalah untuk menghapuskan dosa - dosa kecil , Allah tarik nikmat sihat dalam diri kita kemudian Allah memberikan kita sakit . Justeru , apabila kita sudah sihat janganlah kita lupa akan Allah yang telah menyembuhkan kita . InsyaAllah . Sampai berjumpa lagi . Assalamualaikum .

Sunday, January 23, 2011

Mengajar

Assalamualaikum , ingin qisti kongsikan sedikit pengalaman mengajar sebagai guru gantian di Sekolah Menengah Hafiz cawangan sungai pinang . Mula - mula terkejut juga yang pengetua HAFIZ panggil ke pejabat , then pengetua beritahu yang hari sabtu iaitu 22.01.2011 , pengetua akan adakan mesyuarat dan menjemput kesemua guru datang untuk menghadiri mesyuarat tersebut . Sehubungan dengan itu , tujuan pengetua memanggil qisti dan 6 orang pelajar diploma lagi untuk menggantikan guru - guru yang bakal menghadiri mesyuarat tersebut . Alhamdulillah , qisti dan 6 sahabat qisti yang lain berjaya melakukannya dengan baik . Nak tengok gambar ? sebentar yaaa .




Dari Kiri :

Ust Ahmad Najibul Haidhor ( Sejarah ) .
Ust Ahmad Syahmi ( Tasmik ) .
Ust Abdul Azim ( Tasmik ) .
Ust Muhammad Luqman ( science ) .
Ust Muhammad Qisti Raid ( Bahasa Melayu dan English ) .
Ust Muhammad Hamizan ( Bahasa Arab ) .
Ust Muhammad Haiqal Hafz ( Math ) .






Sedikit sebanyak , dapatlah jugak bergambar dengan pelajar 1A . Bolehlah dikatakan sebagai pelajar kesayangan kerana antara lima kelas yang qisti mengajar kelas ini paling banyak memberi komitmen . Alhamdulillah , tanggungjawab qisti telah selesai walaupun sehari mengajar di Sekolah Menengah Hafiz , banyak yang qisti dapat disana , sekarang ni baru terfikir yang betapa susahnya nak mengajar , kini baru qisti merasainya . InsyaAllah , kalau ada peluang lagi , nak mengajar lagi .Ini sahajalah serba sedikit yang qisti dapat kongsikan , sampai berjumpa lagi , Assalam .

Tuesday, January 18, 2011

Seharian

Assalam , perrggghh nak dekat seminggu tak update bloggg . Akhirnya , dapat juga jari jemari bermain di keyboard . Sejak akhir - akhir ni , mood qisti agak kacau bilau , entahlah tak tahu kenapa . Haiihhh , sekejap tu sekejap ni . Tapi takpe , mungkin ini ujian untuk qisti .

Dalam masa yang sama , ada juga selitkan aktiviti harian . Main futsal , joging . Entahlah , ini sahajalah aktiviti yang dapat menghilangkan kebosanan dalam diri qisti . Tiap hari di kolej , ini jelah rutin hariannya selain dari menghafaz dan mengulang Al - Quran .

Haihhhh , ramai betul sahabat - sahabat qisti sering bertanyakan tentang perempuan , wanitalah , tah pape tah .Buat masa sekarang nie , entahlah , memang nak ceburi bidang ni , tapi yelah kan , NO KOMEN . ahahahah .

So , kepada sesiapa yang berminat . Ceh Wah (!) , simpan lah hasrat tu dulu kayh ,
hati masih belum terbuka tetapi akan dibuka oleh seseorang perempuan yang qisti suka sehingga sekarang . InsyaAllah , qisti akan tunggu dia membukanya dengan kunci yang diredhai . Amin . Sampai berjumpa lagi . Assalam :)

Sunday, January 9, 2011

Kuliah Hafidz

Assalam ,

Sekadar sepintas lalu sahaja , heeeee . Dah lama qisti tak update blog , so , nak luangkan masa lah jap eh . Permulaan semester dua di HAFIZ banyak mengubah identiti qisti . Alhamdulillah , banyak yang qisti perolehi walaupun kelas baru start , baru dua minggu kot . Ahha (!) , btw , rindu sangat kat family , sahabat - sahabat , calon menantu , calon mentua . Haihhh , kalau nak diikutkan semualah . Dari itu , qisti mintak sangat doa dari pembaca - pembaca semua , doakan qisti supaya dapat mengharungi kesemua ujian yang bakal mendatang kepada qisti . InsyaAllah okayh ?

Sampai ketemu lagi :)
Assalam .