" Cinta Sushi Temaki "
Jam menunjukkan pukul 5.30 petang . Pasangan suami isteri baru sahaja menunaikan solat 'Asar di surau yang disediakan di shoping complex . Keluarnya suami dan isteri serentak seraya mendapatkan antara satu sama lain . Lalu si isteri bertanya kepada suaminya ...
Syahirah : Abang , kita nak pergi mana lepas ni ?
Raid : yee sayang ? ouh , kita pergi makan jom ? nak tak ?
Si isteri berasa begitu seronok apabila mendengarnya . Lalu dengan pantas si isteri berkata ...
Syahirah : nak , nak (!)
Berjalanlah mereka berdua dengan penuh gembira . suaminya berjalan sambil memegang erat tangan isterinya dengan penuh kasih sayang . raut wajah isterinya penuh ceria kerana pertama kali keluar bersama suaminya yang tercinta selepas mereka bernikah selang beberapa hari yang lalu . langkah demi langkah , tiba disebuah Food court . raid bertanya kepada isterinya , syahirah .
Raid : Sayang , sayang nak makan apa ? banyak hidangan yang disediakan disini ?
pilih jeee .
Syahirah : hurm , nak makan apa eh abang ? syira taktahulah nak makan apa ?
Lalu syahirah menarik tangan suaminya dan terus menuju ke suatu tempat . Syahirah terkilan , terus bertanya kepada suaminya ...
Syahirah : Ini apa abang ? tak pernah tengok pun ?? ( kebingungan )
Raid : Ouh (!) , ini sushilah syahirah . sushi ni sejenis makanan jepun .
syira pernah makan ?
syahirah : hurm , takpernah . mesti mahalkan abang ? tapi syira nak try . mesti
sedapkan ? dulu-dulu , kawan syira pernah cakap , sushi ni sedap .
tapi syira ni bukanlah dari keluarga yang senang . Apa yang mampu
syira makan jeee abang .
Terkilan apa yang disampaikan oleh isterinya , perasaan sebak timbul dalam diri suaminya . Melihat keadaan isterinya yang tidak pernah merasa , mengimpikan sesuatu yang tidak pernah tercapai selama ini . Suaminya lantas berkata ..
Raid : sayang , abang bawak sayang makan kat sini ok ? sayang nak tak ?
Wajah isterinya tampak ceria seterusnya membuat dirinya bahagia . Isterinya membalas dengan senyuman yang manis sambil tersirat kata-kata yang dihajati tercapai jua . Masuklah pasangan suami isteri itu kedalam restoran " sushi king " .
Tiba disebuah meja yang berwarna putih dilengkapi dengan kerusi kayu putih dan dihiasi dengan menu makanan , chopstick , kicap manis , dan beberapa pinggan diatasnya . Isterinya berkata ..
Syahirah : Abang , kat sini apa yang sedap ? ada nasi tak ? kenyang kee makan kat
sini ?
Melihat keadaan isterinya yang kurang tahu tentang restoran ini , hati suaminya menjadi serba salah , sebak . kerana suaminya dahulu selalu singgah di restoran yang serba mewah , makan makanan yang lazat . Sedangkan pula isteri cuma hidup dalam keadaan yang sederhana . terdetik dalam hati suaminya , bahawa dia akan menyayangi isterinya dan berjanji akan membahagiakan isterinya . Lantas suaminya seraya berkata
Raid : syira sayangg , kat sini semuanya sedap . tapi kat sini banyak makanan yang
mentah . tapi takkan abang nak bagi syira makan makanan yang mentah kan ?
muntah pulak kang syira . ok , abang pilihkan untuk syira ok ?
Isterinya senyum sambil menganggukkan kepala tanda setuju . suaminya memanggil waiter . Isterinya terkilan melihat suaminya yang membelek-belek menu , kerana die tidak tahu dan faham apakah yang suaminya hendak makan .
Waiter : yes ?
Raid : Excuse me , can you take an order ? ok give me two california temaki , two
salmon stick and two glasses of green tea . thank you .
Waiter : yes , ok . i repeat the order . two california temaki , two
salmon stick and two glasses of green tea . the green tea you want hot or
cold ?
Raid : Cold please . thank you .
Waiter : welcome . you'll be served shortly .
Isterinya terkilan melihat perbicaran suaminya bertutur dalam bahasa inggeris . teruja (!) . isterinya bertanya ...
Syahirah : Abang greentea tu apa ?
Raid : green tea tu teh hijau sayang .
Syahirah : ouh , syira tak tahu pun . hurm . nak rasalah , mesti sedapkan ?
Raid : rasanya macam air sejuk kosong . tapi air ni baik untuk kesihatan . nanti
syira try minum ok ?
syahirah : ok (!)
Banyak telatah yang lucu yang ditunjukkan oleh isterinya , pertanyaan demi pertanyaan yang ditanya oleh isterinya kepada suaminya . si suami tidak pernah jemu malahan sebak melayan kerenah isteri yang teruja dengan suasana restoran . raut wajah isterinya begitu gembira sehinggakan si suami menjadi sebak melihatnyaaa . akhirnya makanan pun sampai .

Syahirah : ini green tea eh ?
Raid : ahah , jap abang baca doa dulu k .
alhamdulillah , cubalah rasa :)

Raid : dan yang ini pula , california temaki .
abang ajar makan ok ?
Syahirah : ok (!)
Lalu pasangan suami isteri itu pun makanlah dengan sekenyang kenyangnya . isterinya begitu gembira , dan berharap agar suaminya membawa dia pergi makan disitu lagi .
Syahirah : abang , nanti bila abang cuti , sabtu atau ahad , bawalah syira makan
kat sini lagi .
Raid : insyaAllah , ada rezeki , kita makan lagi kat sini ok .
Syahirah : ok abang .
Alangkah gembiranya suami isteri ini , hidup dalam keadaan yang bahagia , diselangi dengan suami yang baik malahan isteri juga seorang yang lembut . bertuahlah kita apabila mendapat isteri yang senantiasa disayangi oleh suaminya . Oleh itu , barangsiapa yang telah berkahwin , hidupkanlah suasana yang harmoni dalam sebuah keluarga , insyaAllah , hidup dijamin bahagia dan diberkati Allah subhanahu wataala .
Sekadar Karya semata-mata , tidak ada kena mengena pada yang hidup ataupun si mati . tidak boleh dicopy ataupun dicetak melainkan mendapat persetujuan dari pihak yang berkenaan .
0 comments:
Post a Comment