Thursday, February 24, 2011
Cuti yang tidak disengajakan . . .
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuhu , apa khabar kepada semua pembaca ? adakah semuanya sihat - sihat belaka ? untuk pengetahuan pembaca semua , qisti tidak sihat . Doakanlah saya supaya cepat sembuh . AMIN . Mesti semua tertanya - tanyakan kenapa tajuk status qisti seperti itu , kalau nak tahu bacalah isinya disini . Akhir - akhir ini , badan qisti menjadi lemah , dan suhu badan begitu panas . Qisti tak tahu ujian apa kali ini yang akan diuji oleh Allah kepada qisti , takpelah terima dengan penuh redha . Alhamdulillah , sampai harini qisti dapat menahan ujian itu , iaitu . . . . . Badan qisti selalu lemah , selera makan pun kurang , nak bercakap pun mulut rasa berat , qisti nak mintalah doa dari kalian semua supaya doakan qisti cepat sembuh dan dapat mengharungi segala ujian yang mendatang , InsyaAllAH . AMIN . Sampai disini sahajalah qisti dapat huraikan tentang tajuk diatas , tak larat nak taip . Nanti borak lagi okayh , As Salam .
Saturday, February 19, 2011
Menginsafi Diri :'(
Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim , Ya Allah , bila diucap kalimah Subhanallah . . . terasa diri ini begitu KOTOR dengan DOSA . . . tika dilafaz Alhamdulillah..terasa pula NAFSI ini begitu HINA . . lalu diungkap takbir Allahu Akhbar . . . berguguranlah AIR MATA kerna KEKERDILAN hamba . . . Ampunkanlah dosa hambamu ini Ya Allah , Ampunkanlah dosa - dosa silamku Ya Allah , Dosa Kedua Ibu Bapaku Ya Allah , Dosa Keluargaku , Dosa guru - guruku dan dosa muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia . Ku mohon dariMU Ya Allah , Ampunkanlah dosa kami semua , sesungguhnya engkau Tuhan yang maha pengampun . AMIN .
Tuesday, February 15, 2011
12 Rabiul Awal
Assalamualaikum , apa khabar semua ? alhamdulillah sihat - sihat kan semua ? Pada tanggal 15 . 02 . 11 iaitu HARI SELASA merupakan hari lahirnya Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam , hari untuk memperingati khalifah yang mulia lagi pesuruhnya Allah . Segelintir umat islam tidak sabar - sabar menunggu hari lahirnya nabi , kerana pada hari itu sahajalah mereka akan ingat pada nabi , setelah itu mereka akan lupa . Nauzubillahi Min Zalikh . Kita menyambut Maulidur Rasul adalah bertujuan untuk mentarbiyahkan diri kita untuk mengikut amalan dan sunnahnya , taat kepada perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya . Justeru , perjuangan Nabi Muhammad juga perlu diambil ikhtibar , segelintir umat islam sekarang sudah jauh terpesong , semoga kita mendoakan yang terbaik untuk umat - umat islam di luar sana , InsyaAllah .
Ingin qisti kongsikan program yang dijalankan di KOLEJ HAFIZ , KLANG , Sempena sambutan MAULIDUR RASUL : -
Nama Penceramah : Ustaz Muhammad Asyaari Abdul Rahman
Waktu : 11.30 - 13.00
Tempat : Musolla Hafiz
Tajuk : Mengingati Nabi Muhammad S.A.W
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Asyaari penuh dengan keilmuan , kesemua pelajar sekolah menengah dan pelajar diploma serta pensyarah - pensyarah HAFIZ hadir mendengar ceremah . Alhamdulillah , banyak ilmu yang qisti perolehi dalam mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Asyaari , jikalau ada masa nanti , qisti letaklah pengisian ilmu ceramah dari Ustaz Asyaari okayh ? sampai berjumpa lagi , Assalamualaikum .

Saturday, February 12, 2011
Ceritera :')
Assalamualaikum semua , apa khabar ?sihat sihat eh semua ? Bagus Alhamdulillah . Bagi sesiapa yang tidak sihat , qisti ucapkan SyafakaAllah ,semoga Allah menyembuhkahkannya . Sudah seminggu qisti tak update blog , maklumlah sibuk dengan kuliah dan hafazan . Takde masalah . Makin lama makin rindu pulak , rindu sangat- sangat nak menaip keyboard di laptop . Akhirnya dapat juga melepaskan rindu . Yelah , qisti sebenarnya banyak benda nak diceritakan , ada cerita gembira , sedih , marah , tentang perasaan dan lain - lain lagi .
Yang pertama , cerita yang qisti ingin kongsikan ialah cerita gembira . Qisti diamanahkan oleh seorang bapa bahawa anaknya , Arman Shah , merangkap juga adik angkat qisti di kolej HAFIZ , mengalami masalah dalam mata pelajaran matematik dan bahasa melayu . Alhamdullillah , ini adalah satu tanggungjawab yang besar kerana ini adalah amanah yang diberikan oleh bapanya . InsyaAllah , qisti akan mengajar Arman dengan baik dan teratur . Seterusnya , ini berkenaan dengan cita - cita qisti untuk menyarung jersi malaysia , akhirnya dapatlah rezeki menyarungnya( lengan panjang pulak tu ) , sumpah SMART (!) . Qisti nak tunjuk gambar nih (!)
Cerita sedih pulak , qisti ada masalah dalam bab menghafaz quran sejak kebelakangan ini . Perasaan ni bergelumangan dalam diri sehinggakan susah nak concentrate , sehinggakan mengganggu juga maddah qisti . Banyak benda yang qisti fikir , haihhh , kepada pembaca yang membaca , qisti mintalah , doakanlah qisti supaya disenangkan menyebut kalimah - kalimah Al - quran , dipercepatkan menghafaz , dikuatkan semangat agar tidak cepat putus asa , dan yang paling penting , doakanlah qisti supaya Allah memudahkan urusan qisti di kolej HAFIZ ini ok ? InsyaAllah , AMIN .
Kali ni pulak mesti pembaca tertanya - tanya , cerita gembira dan sedih dah kan ? bila nak cerita tentang perasaan ? ahaha , biasalah , nama pun lelaki , mestilah ada nafsu . tidak mungkinlah lelaki tidak mempunyai perasaan kepada kaum hawa ,lebih dikenali sebagai perempuan . MUSTAHIL . Hihi ,buat masa sekarang qisti still SINGLE . So about qisti punya perasaan kesemuanya PRIVATE . Tiada yang tahu melainkan yang sewaktu dengannya . Doakan jugak supaya qisti dapat perempuan yang berwatakan SOLEHAH . AMIN .
P/s: Poem dah siap ;p
Cukuplah sampai disini , nanti qisti sambung cerita lagi okayh . Semoga Allah merahmati kamu sekalian . Sampai ketemu lagi . Assalamualaikum .
*** ILAL LIQA' WA MAAS SALAMAH ***

Friday, February 4, 2011
Thursday, February 3, 2011
Melaka Oh Melaka (!)
Assalamualaikum , apa khabar semua ? sihat - sihat belaka ke ? heeeee , alhamdulillah qisti sihat jee . Qisti ada di kampung sekarang ni , sungai udang , melaka . Perjalanan dari rawang ke melaka memakan masa 2 jam , so qisti dan family sampai dalam pukul 1 , kerana bertolak dari rumah dalam pukul 11 .Nak dijadikan cerita , sebelum ni atok qisti ada menjalani pembedahan mata , buang selaput mata , alhamdulillah sekarang , atok dah beransur pulih dan boleh melihat kembali seperti biasa . Syukur kepada Allah yang telah menyembuhkan dan memberi peluang kepada atok untuk melihat kembali , AMIN . heeee , qisti updated blog ni waktu pagi , after subuh dalam jam 7.18 a.m . After this nak pergi tanjung keling , pi PANTAI . saja jeee nak berkelah dengan family , nanti kalau ada gambar qisti & family qisti letak ok . Sampai berjumpa lagi . Assalamualaikum .
Wednesday, February 2, 2011
Menghiasi dingin malam dengan ...
Dimulakan dengan pembuka kata iaitu '' Assalamualaikum kepada rakan bloggers (!) '' yang membaca blog qisti . Malam - malam ni tengah hujan then sejuk pulak tu , layan lah sekejap coklat yang pembaca semua lihat di atas tu . Haaaaaa , kepada yang berkenaan mesti jeles kan tengok qisti makan chocolate . Tapi takpe , seminggu ni jee , time cuti jee pun , lepas ni banyak lah pantang larang . Makan chocolate sambil tengok movie IP MAN lagi . Gempak Woah (!) . Ahahahah , dah tak tahu nak cakap apa lagi , sebenarnya dah takde idea nak tulis apa , then teringat yang sedang makan chocolate , tulis jelah tentang chocolate . Ahah (!) , satu lagi , mama qisti bagi chocolate sebab qisti update blog die . Memang pening kepalalah nak update , nak itu nak ini , tapi takpelah mama qisti punya pasal qisti sanggup buat " LOVE YA MUMMY '' , akhirnya dapat jugak tenangkan fikiran dengan makan chocolate . Oklah , cukup sampai disini untuk harini . Sampai berjumpa lagi . Assalamualaikum .
Tuesday, February 1, 2011
Seakan - akan air yang sedang mendidih
Assalamualaikum , nak diikutkan memang mood tidak baik . 5 bulan dah qisti pendam benda ni . Tapi akhirnya air yang mendidih itu menghasilkan buih - buih halus keluar dari gelas . FedUp (!) , haihhh , tak tahu nak cakap macam mana , Sumpah qisti cakap qisti memang marah kepada insan - insan yang bakal terasa , tak payah makan cili confirm akan terasanyalah . Duk kutuk mengutuk , apa hampa pikir hampa baik sangat ?? fikirlah diri tu sikit , time susah hampa mintak tolong , bila dah senang , perrgghhh lupaaaa (!) . seakan - akan diri itu munafik , bila susah cari , bila senang , terima kasih pun hampa tak sebut . Aku nak habak sikit , hampa tak payahlah nak buat muka sedih kaa , muka kasihan kaa , aku hampir meluat , siang malam aku ambil wudhu untuk menenteramkan jiwa supaya tidak marah . Akhirnya , terlepas sudah walaupun dah ambil wudhu . Ini bukan main - main tapi ini betul - betul . Memang tiada harapan untuk tarik kata - kata , kerana ini MUKTAMAT . Dah takde nak rujuk - rujuk ke , merayu MINTA MAAF ke . STOP (!) . Maaf yee pembaca sekalian , bersemangat sebab diri sedang mengalami tekanan yang amat dasyat , tu yang qisti jadi OVER jap . Heeeee , maaf ya . Oklah , nanti kalau qisti dah tenang qisti sambung cerita dalam topik baru ok . InsyaAllah . Assalamualaikum .
Inna Allaha Maas Sobirin.....
Inna Allaha Maas Sobirin.....
Subscribe to:
Posts (Atom)