Assalamualaikum , Kifhal ya ikhwan wa akhowat ?? Alhamdulillah ? Bi khoir ? toyyib . Pejam celik pejam celik dah semester 3 . Dua minggu lagi nak masuk sem 3 . After this ada program minggu sual kenal huffaz . Terpaksalah korbankan masa disana . Demam woah harini (!) , patutnya esok dah ready nak balik kolej after subuh , but badan feel tak sihat jeee . Semoga Allah menyembuhkan diriku ini .
Macam - macam ujian bila nak masuk sem 3 ni , terlampau banyak kerenah yang qisti jumpa apabila bertemu dengan rakan qisti . Itu tak boleh ini tak boleh senang cerita APA PUN TAK BOLEH (!) . Persediaan nak menghadapi semester baru ni ?? macam mana eh ? haihhh , dahlah dikelilingi dengan banyak masalah , satu persatu masalah datang . Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku . AMIN .
Kepada pembaca atau rakan bloggers yang singgah disini , kenal ataupun tidak , inginku beritahu satu perkara , ku tutupi diriku ( pintu hatiku ) dari dimasuki orang . dan kuharamkan diriku untuk berCOUPLE . Doakan supaya qisti tetap dengan pendirian qisti . Maaflah kerana terlalu TEGAS . Kata - kata yang tersirat dan terbuku dalam hati ini tidak akan ditarik balik (!) , walaupun qisti admire perempuan tu sudah sekian lama atau masih menunggunya .
Semangat baru mestilah dilahirkan oleh setiap insan apabila mengharungi kehidupan . Jadi , jiwa kacau yang menghantui diri qisti ini , akan pudar dari diri qisti . Mulakan kehidupan baru tanpa diganggu oleh kaum HAWA . Allah maha mengetahui kesemuanya kerana Allahlah yang menentukan Qada' dan Qadar qisti . Jadi qisti berazam dan memegang kata - kata amanah yang qisti keluarkan dengan menaip di sini . Itu sahaja yang qisti dapat kongsikan disini , ilal liqa' wa maas salamah , InsyaAllah . Assalamualaikum .
No comments:
Post a Comment