Assalamualaikum , Ya Allah , memang rasa dah lama sangat qisti tak update blog qisti . Banyak perkara yang qisti nak ceritakan . Tapi bukanlah semua , maksud qisti yang berkenaan dengan tajuk diatas sahajalah . Heee (!) takpe eh ??
Dalam perbicaraan kali ni , qisti nak ceritalah sedikit tentang FITRAH , tapi ia lebih kepada CINTA ok . Setiap manusia akan dianugerakan oleh Allah perasaan berkasih sayang . ini juga dipanggil fitrah , kerana kurnia dari illahi . Sama juga seperti qisti ni , insan yang lagi hina dan tidak lekang membuat dosa kepada Allah , ada jeee qisti langgar perintahnya dan melakukan larangannya . Na'uzubillahi Min Tzalikh * . Ya Allah , ampunkan segala dosa - dosaku selama aku hidup di muka bumimu Ya Allah , selama 19 tahun ini .
Sebagai seorang hamba yang mempunyai perasaan , qisti telah ditemukan dengan seorang dari kaum hawa yang mempunyai sifat keperibadian dan persepsi diri yang qisti suka . Alhamdulillah , seronok juga berkenalan dengannya , ini dipanggil fitrah yang dikurniakan dari illahi . Qisti takkan sia - siakan peluang ini . Qisti pun dah besar , insyaAllah pemikiran pun sudah menunjukkan kematangan , jadi bolehlah qisti memulakan hidup baru dengan memiliki seseorang dengan berkat dan rahmatmu , segalanya ku serahkan padamu , qisti merancang dan Allah menentukan Qada' dan Qadar qisti .
Ya Allah , jikalau dia benar jodohku , rapatkanlah hubungan antara kami dengan berkat dalam mencari rahmat dan redhamu , dan jikalau dia bukan jodohku , berikanlah aku jalan yang terbaik untuk menjalani kehidupan seperti biasa dari mewujudkan perasaan kurang berpuas hati terhadapMU , Ya Allah , jikalau die benar jodohku , kabulkanlah permintaanku , satukanlah kami berdua sehingga ke akhirnya , dan jikalau die bukan jodohku , jauhkanlah kami berdua dari kami bersatu kerana segalanya engkau yang lebih mengetahui apa yang akan berlaku apabila kami bersatu . Jikalau ditakdirkan bersama , akanku selalu mendoakan yang terbaik buat kami berdua , sejurus itu dalam mencari berkat rahmatMU dan keberkatan dariMU ,AMIIINNN .
Terima kasih kerana membaca , kerana ini adalah salah satu luahan hati terhadap pembaca dan si dia <3 , harap berkekalan hingga akhir di nanti , insyaAllah . Amiiiin :DD
No comments:
Post a Comment