Friday, December 24, 2010

Perasaan Sayang

Setiap makhluk di muka bumi ini , mestilah ada perasaan kasih dan sayang . Begitu juga dengan qisti . Allah akan menganugerahkan perasaan kasih sayang ini kepada kesemua hamba - hambanya , haiwan , tumbuh - tumbuhan dan lain - lain lagi . Seharusnya kita tidak boleh lupa kasih sayang kita terhadap pencipta kita YANG MAHA ESA , tidak sesaat pun .

Indahnya seseorang dapat berkasih sayang kerana , kerana kasih sayang dapat merapatkan hubungan SILATURRAHIM antara kaum adam dan kaum hawa . Justeru , dari kasih sayang , kita dapat melahirkan rasa CINTA antara satu sama lain .

informasi dibawah ini diambil dari filem SYURGA CINTA : -

Jodoh terbahagi kepada tiga : -

Jodoh dari syaitan laknatullah :-

" kamu berkenalan dengan seorang gadis , kamu bercinta dengannya , selepas itu kamu mula berpegangan tangan , sehinggakan kamu melakukan maksiat ( perzinaan ) . itu dipanggil jodoh dari syaitan laknatullah . "

Jodoh dari jin : -

" kamu berkenalan dengan seorang gadis yang kamu sukai , akan tetapi gadis itu tidak menyukai kamu , lalu kamu tidak mempunyai jalan , kamu pergi berjumpa bomoh lalu memukau perempuan itu . Itulah yang dinamakan jodoh dari jin . "

Jodoh dari Allah Subhanahu Wataala : -

" kamu berkenalan dengan seorang gadis , dengan menatap wajahnya , mata bertemu mata , hinggakan perasaan suka itu menusuk ke jiwa dan kalbumu itu , lalu kamu menikahinya , insyaAllah akan berkekalan sehingga akhir hayat . Itulah jodoh dari Allah Subhanahu Wataala . "

Sampai berjumpa lagi , Assalamualaikum .

Perubahan

Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuhu , terlalu banyak ujian yang mendatang kepada qisti sejak akhir - akhir ni , haihhh , malas sebenarnya nak cerita . Ahha (!) , mula - mula sebab perempuan , memang tak logik kan . Lepas tu , masalah susah untuk menghafaz . Ya Allah (!) , aku minta engkau berikan petunjuk supaya aku boleh menyelesaikan masalah ini Ya Allah . Bukan mudah untuk seseorang penghafaz menghafaz Al - Quran . Maksiat kecil dan besar perlu dijaga setiap masa walau dimana jua kita berada . Haihhh , apa boleh buat , bertawakal sahajalah .

Dua minggu di HAFIZ , merupakan minggu untuk memantapkan hafazan . Tetapi , susah untuk aku mengingatkan semula apa yang telah qisti hafazkan . Sedangkan sahabatku yang lain , senang untuk menghafaz . Setiap hari , qisti berfikir , mengapa selami ni qisti susah untuk menghafaz , adakah dosa qisti terlalu banyak ? , adakah qisti telah banyak menyakitkan hati orang lain ? , adakah Allah tidak terima amalan qisti ? , MUNGKIN JUGA . Maha suci Allah , Ampunkanlah Dosa yang telah qisti lakukan selama qisti hidup di muka bumi ini Ya ALLLAH (!) .

KULIAH HAFIZ , kini qisti ingin memantapkan semula hafazan qisti , memantapkan madah - madah yang akan dipelajari awal bulan satu ini pada semester dua yang akan mendatang . Doakanlah untuk kejayaan qisti dalam menghafaz , semoga Allah merahmati kamu semua . InsyaAllah . sampai berjumpa lagi . Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuhu .