Monday, January 31, 2011

Carbonara

Assalamualaikum , haihhh , nak ceritalah sedikit ni . Sebulan duduk di HAFIZ , terlalu banyak ujian yang mendatang . Ini salah satu ujiannya adalah makanan . Pensyarah HAFIZ ada beritahu yang makanan yang disediakan di HAFIZ ini adalah makanan yang boleh meningkatkan tahap hafalan seperti ikan , sayur dll . All that vegetarian . Haihhh , akhirnya qisti faham kenapa boleh makan ini kenapa ini tidak boleh makan . Kepada pembaca yang menghafaz quran , adalah lebih baik untuk kita menjaga dalam hal pemakanan . Ini adalah kerana jikalau tersalah makan , atau terlanggar pantang , mungkin ia akan melumpuhkan ingatan kita . Jadi harapan kita adalah untuk membezakan makanan yang baik dan makanan yang kurang baik . Nak cerita lagi , harini langgar pantang sikit , qisti buat CARBONARA (!) , heeee lama dah tak makan , selalu makan nasi dengan ikan sahaja , bukan nak mengadu dan bukan nak mengutuk . Alhamdulillah , perrrggghhh sedapnya , hingga menjilat jari . Syukur kehadrat ilahi yang melimpahkan rezeki . Sambung makan jap dan sampai ketemu lagi . Assalamualaiakum .

No comments:

Post a Comment