Yang pertama , cerita yang qisti ingin kongsikan ialah cerita gembira . Qisti diamanahkan oleh seorang bapa bahawa anaknya , Arman Shah , merangkap juga adik angkat qisti di kolej HAFIZ , mengalami masalah dalam mata pelajaran matematik dan bahasa melayu . Alhamdullillah , ini adalah satu tanggungjawab yang besar kerana ini adalah amanah yang diberikan oleh bapanya . InsyaAllah , qisti akan mengajar Arman dengan baik dan teratur . Seterusnya , ini berkenaan dengan cita - cita qisti untuk menyarung jersi malaysia , akhirnya dapatlah rezeki menyarungnya( lengan panjang pulak tu ) , sumpah SMART (!) . Qisti nak tunjuk gambar nih (!)

Cerita sedih pulak , qisti ada masalah dalam bab menghafaz quran sejak kebelakangan ini . Perasaan ni bergelumangan dalam diri sehinggakan susah nak concentrate , sehinggakan mengganggu juga maddah qisti . Banyak benda yang qisti fikir , haihhh , kepada pembaca yang membaca , qisti mintalah , doakanlah qisti supaya disenangkan menyebut kalimah - kalimah Al - quran , dipercepatkan menghafaz , dikuatkan semangat agar tidak cepat putus asa , dan yang paling penting , doakanlah qisti supaya Allah memudahkan urusan qisti di kolej HAFIZ ini ok ? InsyaAllah , AMIN .
Kali ni pulak mesti pembaca tertanya - tanya , cerita gembira dan sedih dah kan ? bila nak cerita tentang perasaan ? ahaha , biasalah , nama pun lelaki , mestilah ada nafsu . tidak mungkinlah lelaki tidak mempunyai perasaan kepada kaum hawa ,lebih dikenali sebagai perempuan . MUSTAHIL . Hihi ,buat masa sekarang qisti still SINGLE . So about qisti punya perasaan kesemuanya PRIVATE . Tiada yang tahu melainkan yang sewaktu dengannya . Doakan jugak supaya qisti dapat perempuan yang berwatakan SOLEHAH . AMIN .
P/s: Poem dah siap ;p
Cukuplah sampai disini , nanti qisti sambung cerita lagi okayh . Semoga Allah merahmati kamu sekalian . Sampai ketemu lagi . Assalamualaikum .
*** ILAL LIQA' WA MAAS SALAMAH ***
No comments:
Post a Comment